Usahawan Kuih Sepit

 

Nama : Rosakinah Binti Kamarudin
Umur : 30 Tahun
Ahli   : 2010

 

Latar Belakang

Rosakinah Binti Kamarudin , merupakan anak peneroka Felda Lakum. Beliau memulakan perusahaan Kuih Sepit ini sejak 4 tahun lalu. Beliau banyak menerima tempahan Kuih Sepit terutamanya pada musim perayaan dan kenduri kendara. Setakat ini beliau hanya memenuhi permintaan dari pelanggan yang membuat tempahan sahaja. Selain kuih sepit beliau juga turut menjalankan perniagaan Dobi secara kecil-kecilan di rumahnya.Menurut beliau, perniagaan ini dapat membantu menampung kos sara hidup yang tinggi masa kini di samping membantu suaminya yang bekerja sebagai pemandu Lori dalam menamba Pendapatan keluarganya.Beliau berharap agar semangat beliau untuk meneruskan perusahaan kuih tradisional ini dipermudahkan dan berjaya membuka bengkel suatu hari nanti.
Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah -risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000sebulan dan juga bertambah mengikut musim

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan Rosakinah mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa

Nama        : Izzuddin Bin Kabiran
Umur         : 25 Tahun
Ahli           : 2010

Latar belakang

Homestay Teratak Bonda D’Lakum menyediakan perkhidamatan homestay yang selesa untuk pengguna. Bangunan dua tingkat ini terletak dipersimpangan di jalan kedai mara berhdapan denan d’mart. Lokasi yang strategic dan banyak kedai makan disekitarnya memudahkan pengguna yang menyewa disitu.

Ruang yang luas dan selesa disamping kemudahan-kemudahan asas juga disediakan. Seperti dapur yang bersih, bilik tidur yang selesa dan ruang tamu yang luasesuai untuk ahli keluarga yang ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 1000- RM 15000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM3000- RM 3500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI1M Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan produk frozen di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk menguruskan perniagaannya.

 

 

Nama  : Safwan Ramadhan Bin mohd Puad Norasid
Umur  : 11 Tahun
Ahli     : 11 Feb 2017

 

Latar Belakang

 

Safwan Ramadhan Bin Mohd Puad Norasid merupakan cucu peneroka FELDA Lakum. Beliau Bersekolah di sekolah Kebangsaan Felda lakum ,sering berkunjung ke Pusat Internet(PI) Felda Lakum bukan sahaja untuk mengunakan PC, tetapi juga menjadi salah seorang yang aktif mengikuti kelas dan latihan yang diadakan.

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI Sebelum Pengunaan Ict 

 

Masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir dan lebih mudah membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah. Beliau juga berharap petugas Pusat Internet(PI) mempelbagaikan lagi modul pembelajaran supaya dapat menarik minat pelbagai umur untuk menyertainya. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada kelas ICT sahaja malah boleh dipelbagaikan mengikut keadaan semasa. Ini dapat menarik minat pelajar sekolah dari pelbagai tahap untuk datang ke Pusat Internet(PI) FELDA Lakum

 

 

 

Nama : Muhammad Izzat Daris Bin Rusli
Umur : 10 Tahun
Ahli   : 05 Feb 2017

 

Latar belakang

Izzat merupakan kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan bersekolah di sk felda lakum. Beliau merupakan anak keempat daripada lima beradik. Sangat meminati computer dan telah menyertai banyak aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet(PI) Felda Lakum. Dengan galakan yang diberikan oleh ibunya dia mendaftar sebagai ahli Pusat Internet(PI)  pada Februari 2018. Ibunya juga menggalakkan die menyertai setiap kelas yang diadakan di Pusat Internet(PI) Felda Lakum.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kurang mahir dalam menaip menggunakan komputer dan juga pencarian internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau dapat menaip dengan lebih pantas dan tahu cara mencari maklumat melalui internet dengan mudah. Setiap kali Pusat Internet(PI) menganjurkan pertandingan berkaitan komputer, beliau pasti mengambil tempat dan menghasilkan keputusan yang membanggakan

 

 

Nama  : Puan Siti Rashidah Binti Yaacob
Umur   : 34 Tahun
Ahli     : 2012

Latar Belakang

Puan Siti Rashidah Binti Yaacob , pemilik syarikat MAHR Mekar Enterprise menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan Jamu Susuk Dara(JSD). Beliau merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak sejak setahun yang lalu. Sebelum kematian suaminya lagi beliu telah berkecimpung dalam bidang perniagaan ini bermula dari tahun 2005. Selain menjalankan perniagaan online beliau juga merupakan perunding perniagaan atas talian dengan melatih agent-agent secara percuma untuk memasarkan produk yang disediakan oleh syarikat nya sendiri.Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps. Dengan perniagaan atas talian yang dijalankan dapat membantu menambah pendapatan dan seterusnya dapat menaikkan taraf ekonomi keluarganya.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah – risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 700- RM 1000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM1500- RM 2500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet(PI) Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan perkhidmatannya di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahanyang ada untuk menguruskan perniagaannya