Pendidikan adalah institusi terpenting dalam membentuk dan melahirkan generasi berilmu, di samping memberi manfaat kepada diri sendiri, agama, nusa dan bangsa. Felda Lakum mempunyai beberapa pusat pendidikan seperti Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lakum, Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum, Tabika KEMAS, Pra-Sekolah dan Literasi. Sekolah menengah yang terdekat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar iaitu jarak hanya 5km dari Felda Lakum.

SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) LAKUM

SK (LKTP) Lakum telah menempatkan 306 orang murid termasuk prasekolah seramai 25 orang. Bagi membantu proses pembelajaran yang lebih efisien, 34 orang tenaga pengajar serta 5 orang kakitangan telah dilantik menjadi tunjang dalam sistem pendidikan. Sekolah ini hanya mempunyai 1 sesi sahaja iaitu pada waktu pagi (7.20 pagi hingga 1.45 petang)

Visi :

  • SK (LKTP) Lakum cemerlang dalam Zon Pelajaran Lanchang menjelang 2016.

Misi :

  • Mewujudkan pengurusan pentadbiran sekolah yang berkualiti dan budaya kerja cemerlang.
  • melahirkan generasi berilmu, beriman, beramal dan berakhlak mulia yang berupaya menangani cabaran hidup masa depan ke arah kecemerlangan akademik.
  • Penerapan nilai-nilai murni dan membentuk sahsiah yang tinggi melalui penglibatan program bina insan.
  • Melahirkan generasi sihat tubuh badan yang dapat membanteras gejala sosial dan berwawasan menerusi pencapaian yang cemerlang dalam kokurikulum.
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih, ceria dan selamat.

 

SEKOLAH AGAMA RAKYAT FELDA LAKUM

Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum disediakan pada murid darjah Satu hingga darjah Lima. Sekolah ini berjalan pada sesi petang bermula pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Sekolah ini menekankan pembelajaran Agama Islam seperti Tauhid, Sirah, Feqah, Tajwid, Akidah dan bacaan Al-Quran. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan Masjid Asy-Syakirin Felda Lakum.