Nama  : Latifah Binti Zaharia
Umur  : 46 Tahun
Ahli    : 2018

Latar belakang

Puan Latifah Zaharia merupakan antara usahawan yang telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Kerana minat dengan perniagaan dan masakan beliau telah memulakan perniagaan makanan sejuk dan panas. Beliau telah membuka sebuah warung yang terletak dirumahnya dan dikenali dengan nama Waring D’9.Di warungnya menyediakan pelbagai jenis masakan sejuk dan panas antaranya mee goreng, nasi goreng, burger dan sebagainya.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah –risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 7000- RM 10000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM15000- RM 2500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI) Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan perkhidmatannya di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk menguruskan perniagaannya.