BALAI POLIS LANCHANG

Balai Polis yang paling berdekatan dengan Felda Lakum adalah Pondok Polis Mempateh dan juga Balai Polis Lanchang yang terletak antara 17km dari Felda Lakum. Berikut merupakan senarai petugas di Balai Polis Lanchang :

 

En. Zainon Bin Mat Seran (SM 73901)
Mohd Shah (KPL 100988)
En. Suhaimi (KPL 122567)
8 Lan Koperal
1 Lan Koperal Sokongan
1 Konstabel
3 Konstabel Sokongan

 

PASUKAN RELA FELDA LAKUM

RELA ditubuhkan di Felda Lakum dan berperanan dalam membantu menangani kegiatan jenayah yang berlaku di sekeliling komuniti. Memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai RELA Mukim (KPRM) selama 5 tahun, En. Ramli Bin Pilus telah memimpin 100 orang ahli RELA di Felda Lakum. RELA di sini aktif dalam mengawal keselamatan masyarakat sekeliling. RELA dari kalangan belia dibantu oleh Megat Tarmizi bin Megat Said selaku ketua platun.

Antara tanggungjawab pasukan RELA ialah :

  • Menjaga keselamatan dan kesejahteraan sekitar Felda
  • Membuat rondaan pencegahan jenayah bersama dengan kerjasama polis dan rukun tetangga.

Selain itu, terdapat dua buah lagi organisasi yang baru ditubuhkan untuk menjaga keselamatan penduduk di Felda Lakum, antaranya ialah Rukun Tetangga dan WAJA.

 

Kawalan Keselamatan Bertambah Ketat

Dalam tempoh 3 tahun ini, kawalan keselamatan di kawasan Felda Lakum semakin diketatkan berikutan terdapat banyak kes jenayah yang tidak diingini berlaku seperti kecurian dan pecah masuk rumah. Pada jam 11.00 malam hingga 5.30 pagi, pasukan RELA telah mengadakan operasi sekatan jalan di pintu masuk Felda Lakum untuk memeriksa setiap kereta yang keluar masuk ke dalam kawasan felda. Hal ini bertujuan untuk memastikan tiada orang luar yang tidak dikenalpasti identiti serta mencurigakan masuk ke dalam kawasan felda tanpa alasan yang boleh diterima pakai. Kerjasama RELA Felda Lakum dan juga beliawan sangatlah dibanggakan dan diharapkan semoga berterusan.