Nama : Mariyani Binti Sabree
Umur : 42 Tahun
Ahli   : 2018

Latar belakang
Puan Mariyani merupakan antara usahawan yang telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan produk kecantikan, tudung dan pakaian wanita. Selain menjalankan perniagaan online berliau turut berniaga di pekan sehari dan pasar malam. Beliau turut aktif menjalankan mempromosikan produk di facebook tetapi juga di Whatsapps. Dengan perniagaan online yang dijalankan amat banyak membantu menambah pendapatan dan seterusnya dapat menaikkan taraf ekonomi keluarga beliau. Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet (PI) termasuk menyediakan risalah – risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 7000- RM 10000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM15000- RM 2500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet(PI) Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan perkhidmatannya di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk menguruskan perniagaannya.