Taman esplanade temerloh terletak di pesisir sungai Pahang berhampiran Dataran patin, yang berkonsepkan waterfront di tebing sungai Pahang dan sungai semantan.  Aktiviti yang boleh pengunjung rasai di sini ialah menaiki bot untuk menikmati keindahan sungai Pahang, beristirehat di tepi sungai  dan juga menyeberangi sungai Pahang ke kampung bangau.

Selain dari kemudahan bot, di sini juga terdapat gerai gerai makan untuk pengunjung bersantai di tepi sungai Pahang.
 
Di sini juga terdapat jambatan gantung kuala semantan, yang mana jambatan ini menghubungkan Esplanade Temerloh sebagai Menara A ke dataran Patin sebagai Menara B. ketinggian jambatan ini adalah 40.22 meter dan panjangnya adalah 86 meter boleh dilalui 3 -4 orang sahaja dalam satu masa.