Nama : Khairol airil nazuar bin khairol azman
Umur : 12 Tahun
Ahli: 2018

Latar Belakang

Merupakan pelajar tahun Enam Sekolah Kebangsaan FELDA Lakum. Beliau sangat aktif dalam bidang akademik dan sukan di sekolah.  

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum wujudnya Pusat Internet, adik Helmi hanya mengulangkaji pelajaran menggunakan buku dan berbincang bersama kawan-kawan. Kaedah-kaedah pembelajaran juga sangat terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menghadiri latihan ICT di Pi felda lakum , adik airil banyak mencari maklumat dan mengulangkaji pembelajaran di pusat internet.pelbagai kaedah pembelajaran baru yang dapat di perolehi daripada penglibatan dengan pusat internet.

Nama : Mohamad Hafizzul Bin Hamdan
Umur : 25 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar Belakang

Encik Mohamad Hafizzul bin hamdan, merupakan pemilik HH Garage Enterprise ,Usahawan muda yang menjalankan perniagaan Bengkel Pemotoran. Beliau telah menjalankan perniagaan bengkel miliknya selama 4 tahun lalu. Lokasi bengkel beliau terletak di dalam FELDA Lakum , iaitu di kawasan kediaman keluarganya.Perniagaan Encik Mohamad Hafizzul ini beroperasi pada setiap hari kecuali tutup pada hari jumaat bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 Malam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bengkel beliau ialah penukaran tayar baru, penampalan tayar yang bocor, servis minyak hitam untuk motorsikal dan menjual alat ganti motorsikal . Bengkel beliau mendapat sambutan yang mengalakkan di kalangan anak muda tempatan kerana menawarkan perkhidmatan yang terbaik mengikut permintaan terkini pelanggan.Para pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan di bengkel beliau boleh berkunjung terus ke lokasi bengkel beliau atau boleh menghubungi beliau secara atas talian.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Kurang berpengetahuan berkaitan ICT dan penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas seperti latihan keusahawan sedikit sebanyak membantu beliau dalam mendalami ilmu perniagaan. Melalui aplikasi Whatsapps dan Facebook sebagai medium pemasaran, beliau mampu mengembangkan dan meningkatkan jumlah permintaan dan pelanggan.

Nama : Noor Ashila Binti Desa
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar Belakang

Puan Noor Ashila merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan jualan gerai pelbagai jenis makanan. Minat yang tinggi dalam bidang perniagaan di samping membantu suaminya menjana pendapatan telah mendorong beliau untuk menjalankan perniagaan penjualan makanan ini.

Gerai puan asila ini terletak berhadapan Pusat Internet Felda Lakum. Beroperasi pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang.Pelbagai makanan yang di jual di gerai beliau antaranya kuih-muih , rojak buah , laksa , keropok lekor , mee rojak , buah potong , pisang goreng dan sebagainya, Mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari komuniti setempat.

Beliau turut mengambil sebarang tempahan melalui secara atas talian, iaitu mengiklankan setiap menu-menu jualan dan info-info waktu beroperasi gerai melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.

 

Nama : Nor shafiza Binti mohd isa
Umur : 35 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar Belakang

Puan Shafiza merupakan anak manantu peneroka FELDA. Bermula minat mendalam dalam bidang peniagaan di usia remaja lagi. meguatkan lagi berganding bahu bersama suami jayakan peniagaan ini.peniagaan yg di jalaankan laksa buyung, pizza,roti, mee rojak, pasembor, mee rebus utara, bihun sup utara, kuah rojak dan desert. beroperasi secara atas talian sahaja (homemade) turut menerima tempahan oleh penduduk sekitar lanchang , karak dan mentakab.Beliau juga menerima tempahan untuk sebarang majlis atau kenduri.Beliau menggunakan medium facebook dan whatsapp beliau dapat mengambil tempahan dengan lebih banyak dan mudah.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.

Nama : Nor Adelin Binti Zaharudin
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2018


Latar Belakang

Puan Nor Adelin Binti Zaharudin, merupakan surirumah sepenuh masa . Mula melibatkan diri dalam pembuatan roti sekitar 4 tahun yang lalu setelah menghadiri kelas - kelas pembuatan roti secara manual dan mesin. Beliau menjual roti secara kecil – kecilan di rumahnya untuk membantu menjana pendapatan sampingan.

Beliau sedia menerima tempahan pelbagai jenis majlis. Menghasilkan pelbagai jenis roti, pencuci mulut dan kek. Antara roti yang di jual ialah Roti Pizza , Roti kopi, Roti Sarang Leba, Roti coklat, Roti Tortila dan sebagainya.Justeru, dengan menggunakan medium facebook dan whatsapp beliau dapat mengambil tempahan dengan lebih banyak dan mudah.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.