Nama  : Puan Siti Rashidah Binti Yaacob
Umur   : 34 Tahun
Ahli     : 2012

Latar Belakang

Puan Siti Rashidah Binti Yaacob , pemilik syarikat MAHR Mekar Enterprise menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan Jamu Susuk Dara(JSD). Beliau merupakan ibu tunggal kepada empat orang anak sejak setahun yang lalu. Sebelum kematian suaminya lagi beliu telah berkecimpung dalam bidang perniagaan ini bermula dari tahun 2005. Selain menjalankan perniagaan online beliau juga merupakan perunding perniagaan atas talian dengan melatih agent-agent secara percuma untuk memasarkan produk yang disediakan oleh syarikat nya sendiri.Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps. Dengan perniagaan atas talian yang dijalankan dapat membantu menambah pendapatan dan seterusnya dapat menaikkan taraf ekonomi keluarganya.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah – risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 700- RM 1000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM1500- RM 2500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet(PI) Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan perkhidmatannya di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahanyang ada untuk menguruskan perniagaannya