Usahawan Kuih Sepit

 

Nama : Rosakinah Binti Kamarudin
Umur : 30 Tahun
Ahli   : 2010

 

Latar Belakang

Rosakinah Binti Kamarudin , merupakan anak peneroka Felda Lakum. Beliau memulakan perusahaan Kuih Sepit ini sejak 4 tahun lalu. Beliau banyak menerima tempahan Kuih Sepit terutamanya pada musim perayaan dan kenduri kendara. Setakat ini beliau hanya memenuhi permintaan dari pelanggan yang membuat tempahan sahaja. Selain kuih sepit beliau juga turut menjalankan perniagaan Dobi secara kecil-kecilan di rumahnya.Menurut beliau, perniagaan ini dapat membantu menampung kos sara hidup yang tinggi masa kini di samping membantu suaminya yang bekerja sebagai pemandu Lori dalam menamba Pendapatan keluarganya.Beliau berharap agar semangat beliau untuk meneruskan perusahaan kuih tradisional ini dipermudahkan dan berjaya membuka bengkel suatu hari nanti.
Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah -risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000sebulan dan juga bertambah mengikut musim

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan Rosakinah mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa