Nama  : Muhammad Irfan Fiqree
Umur  : 12 Tahun
Ahli     : 17 Jun 2011

 

LatarBelakang

Muhammad Irfan Fiqree merupakan pelajar sekolah rendah. Irfan menghadiri kelas asas komputer untuk mempelajari cara menggunakan komputer dengan lebih berkesan dan berhemah. Irfan merupakan seorang yang cepat belajar.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI Sebelum Pengunaan Ict

Sebelum mengunjungi PI, tahap pengetahuan dalam ICT sangat lemah dan masih tidak mengetahui cara penggunaan komputer malah masih jauh untuk menggunakan tools dalam komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah berkunjung ke PI, adik Irfan sentiasa belajar dan tekun dalam mempelajari cara penggunaan komputer dan selok belok penggunaan. Adik Irfan mulai tahu serba sedikit perkara asas dalam ICT seperti melayari internet, menaip, menyimpan rekod, membuat pengiraan, mencari maklumat, memuat turun gambar dan lagu, dan bermain permainan berkomputer

Nama : Nooriza Binti Amir
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2017


Latar Belakang

Puan Nooriza Binti Amir merupakan anak peneroka Felda lakum. Beliau merupakan salah seorang usahawan online produk kecantikan dan kesihatan kulit yang berjaya di sekitar FELDA Lakum.  Selain membantu ibubapanya dalam perniagaan kedai makan,  beliau begitu aktif  menjalankan perniagaan Beliau menggunakan kemudahan yang ada di PI bagi mempromosikan produknya di laman social seperti Facebook, aplikasi whatapps dan Instagram setelah beberapa kali menyertai kelas Usahawan Digital di PI.

Pada mulanya, beliau hanya menjadikan perniagaan online sebagai hobi sahaja.  Kini beliau telah dikenai sebagai salah seorang peniaga yang boleh dipercayai dalam talian dan menjual pelbagai jenis barangan  kosmetik dan produk kecantikan lain di atas talian.  Antara produk yang dijual ialah produk ichantique secret of beauty, birdnest essence , puteri ratu treatment cream dan sebagainya

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.

Nama  : Daniel Bin Abdullah
Umur  : 12 Tahun
Ahli     : 07 April 2016

 

Latar Belakang
Kisah kejayaan adik Daniel Bin Abdullah bermula bila adik Daniel datang ke Pusat Internet untuk fotokopi kerja sekolah. Kami meminta adik Daniel untuk menjadi ahli Pusat Internet dan mempelawa dia untuk hadir ke Latihan ICT secara percuma.Maka bermulalah kisah kejayaan adik Daniel dimana dia menghadiri kelas ICT setiap bulan. Kini adik Daniel mahir menggunakan Microsoft Word dan Power Point. Selain itu adik daniel sangat aktif mengikuti pertandingan-pertandingan yang kami anjurkan di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI Sebelum Pengunaan Ict

Masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir dan lebih mudah membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah. Beliau juga berharap petugas Pusat Internet(PI) mempelbagaikan lagi modul pembelajaran supaya dapat menarik minat pelbagai umur untuk menyertainya. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada kelas ICT sahaja malah boleh dipelbagaikan mengikut keadaan semasa. Ini dapat menarik minat pelajar sekolah dari pelbagai tahap untuk datang ke Pusat Internet(PI) FELDA Lakum

Nama : Yusnita Binti Mohd Yassin
Umur : 39 Tahun
Ahli   : 2017


Latar Belakang

Puan Yusnita Binti Yassin yang berumur 39 tahun merupakan seorang usahawan yang berniaga secara kecil kecilan sejak tahun 2015. Beliau memulakan dengan berniaga offline dan kini secara online untuk mengembangkan perniagaannya. Pendapatan sampingan membolehkan beliau menambah pendapatan sampingan untuk beliau  Beliau menjalankan produk Kesihatan Isra Life seperti tsamarat ,gelium sufia, Nicea collagen dan sebagainya. Beliau aktif menjadikan facebook sebagai platform utama untuk menawarkan perkhidmatannya di media sosial 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300  sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000sebulan dan juga bertambah mengikut musim

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan Yusnita  mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.

 

Usahawan Gubahan

 

Nama : Isma Sariza Binti Isa
Umur : 37 Tahun
Ahli   : 2010


Latar Belakang

Puan Isma sariza atau nama mesranya Kak ngah merupakan orang suka berniaga. Beliau merupakan anak peneroka felda lakum, berumur 37 tahun dan suka menceburi bidang perniagaan terutamanya bidang gubahan .Beliau banyak menerima tempahan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Beliau juga turut menjalankan perniagaan bouquet untuk majlis hari guru , harijadi dan juga majlis hari graduasi.Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah - risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM200 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000sebulan dan juga bertambah mengikut musim,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan Isma sariza mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.