Nama  : Encik Mohd Sharin Bin MohdSaid
Umur   : 33 Tahun
Ahli     : 2010


Latar Belakang

Encik Mohd Sharin Bin Mohd Said ,Merupakan Pengusaha Warisan Janah Enterprise menghasilkan kuih tradisional melayu iaitu kuih peneram. Beliau mengusakan perniagaan hampir 10 tahun yang lalu. Sebelum ini Kuih tradisional tersebut hanya dijual kepada penduduk sekitar dan kawasan berhampiran FELDA Lakum sahaja. Lama kelamaan kuih tradisional beliau turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan luar kawasan terutamanya ketika musim perayaan mahupun kenduri kendara. Selain peneram, beliau turut menjual beberapa jenis lagi kuih tradisoanal seperti simpul bilis , Aneka kerepek pisang dan Kuah Pecal.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 200- RM 300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM1000- RM 2000 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan cuti sekolah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan adanya penggunaan internet ia banyak membantu dan memudahkan pelbagai urusan. Melalui program-program yang dijalankan khususnya di Pusat Internet FELDA Lakum, dapat meningkatkan lagi kemahiran beliau menggunakan internet untuk tujuan promosi produk. Kini beliau juga masih dalam proses pembelajaran di Pusat Internet (PI) untuk kaedah mempromosikan produk melalui internet. Produk kuihnya juga telah diiklankan melalui aplikasi terbaru di Pusat Internet(PI) iaitu aplikasi dashboard