KEMUDAHAN ASAS FELDA LAKUM

Terdapat banyak kemudahan disediakan untuk para penduduk Felda Lakum. Kemudahan-kemudahan asas ini memberi kesenangan kepada penduduk dalam mnguruskan hal harian masing-masing.

Antara kemudahan asas yang disediakan adalah :

1) Dewan Serbaguna

  • Digunakan oleh para belia untuk bersukan seperti badminton dan futsal.

2) Dewan Semai Bakti

  • Sebarang majlis dan aktiviti besar-besaran dianjurkan di sini seperti Hari Peneroka, Jamuan Raya, Mesyuarat Agong dan lain-lain.
  • Dewan ini juga boleh disewa untuk sebarang majlis perkahwinan.

3) D'Mart

  • Kedai runcit bawah naungan felda yang menyediakan pelbagai jenis barangan jualan dengan harga berpatutan.

4) Bilik Gerakan Persatuan Wanita (GPW)

  • Bilik ini digunakan oleh Gerakan Persatuan Wanita untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau perbincangan.
  • Pada sebelah pagi, bilik ini dijadikan sebagai Literasi untuk kanak-kanak 4 tahun dari hari Isnin hingga Selasa.

5) Homestay Teratak Bonda

  • Homestay ini dibina oleh salah seorang penduduk lakum untuk mana-mana orang luar yang datang ke Felda Lakum.

6) Pejabat JKKR

  • Pejabat ini berada di sebelah pejabat felda dan dijaga oleh dua orang kakitangan.

7) Klinik Desa

  • Klinik ini dijaga oleh dua orang jururawat desa dan terletak di belakang pejabat Felda.

8) Masjid Asy-Syakirin

9) Pejabat Felda Lakum

  • Di sini tempat pegawai-pegawai felda bekerja dan mnguruskan hal ehwal penduduk.

10) Pusat Kawalan Komuniti Kampung (RELA)

  • Bilik ini dibina untuk anggota RELA mengadakan mesyuarat

11) Rumah Guru

12) SK (LKTP) Lakum

13) Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum

14) Tabika KEMAS