Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

KLINIK DESA FELDA LAKUM

 

 

Jadual Operasi

Hari / Masa 8.00 am - 10.00 am 10.00 am - 2.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm
Isnin Klinik Bersepadu Rehat Klinik Bersepadu

Selasa 

Klinik Bersepadu Rehat Klinik Bersepadu
Rabu Klinik Bersepadu Rehat Klinik Bersepadu
Khamis Klinik Bersepadu Rehat Klinik Bersepadu
Hari / Masa 8.00 am - 12.15 pm 12.15 pm - 2.45 pm 2.45 pm - 5.00 pm
Jumaat Klinik Bersepadu Rehat Klinik Bersepadu
*Sabtu Cuti Cuti Cuti
*Ahad Cuti Cuti Cuti

* Kecuali kes kecemasan dan bersalin

 

Klinik Desa Felda Lakum dikendalikan oleh dua orang Jururawat Masyarakat :

1) Puan Nor Aliza

2) Puan Nur Rahimah

 

            Jururawat Klinik Desa Felda Lakum menyediakan rawatan dan perkhidmatan utama kepada wanita hamil, wanita yang sedang berpantang, bayi dan peneroka-penerokawati yang mengalami sakit-sakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit ringan. Klinik Desa menyediakan ubat-ubatan untuk sakit-sakit biasa seperti demam, selsema, batuk dan sakit kepala. Para isteri yang memerlukan rawatan untuk perancangan keluarga juga digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Klinik Desa secara percuma. Jururawat masyarakat juga akan datang ke rumah mana-mana ibu yang sedang berpantang untuk melakukan pemeriksaan berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan.

          Sebarang penyakit serius dan kecemasan haruslah dirujuk dengan segera di Klinik Kesihatan Lanchang yang hanya jarak 17km dari Felda Lakum. Namun begitu, sekiranya pesakit mempunyia kesukaran untuk pergi ke Klinik Kesihatan Lanchang, Jururawat Masyarakat bersedia menghantar pesakit dengan menaiki ambulans terutama bagi pesakit yang tenat. Jururawat Masyarakat sentiasa bersedia 24 jam untuk membantu pesakit yang memerlukan rawatan segera.

 

Hubungi :

No Pejabat Klinik Desa Lakum : 09-2804395

Puan Nor Aliza                          : 014-2142942

Puan Nur Rahimah                    : 013-9692007