KEMUDAHAN ASAS FELDA LAKUM
Terdapat banyak kemudahan disediakan untuk para penduduk Felda Lakum. Kemudahan-kemudahan asas ini memberi kesenangan kepada penduduk dalam mnguruskan hal harian masing-masing.
Antara kemudahan asas yang disediakan adalah :
1) Dewan Serbaguna
- Digunakan oleh para belia untuk bersukan seperti badminton dan futsal.
2) Dewan Semai Bakti
- Sebarang majlis dan aktiviti besar-besaran dianjurkan di sini seperti Hari Peneroka, Jamuan Raya, Mesyuarat Agong dan lain-lain.
- Dewan ini juga boleh disewa untuk sebarang majlis perkahwinan.
3) D'Mart
- Kedai runcit bawah naungan felda yang menyediakan pelbagai jenis barangan jualan dengan harga berpatutan.
4) Bilik Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
- Bilik ini digunakan oleh Gerakan Persatuan Wanita untuk mengadakan sebarang mesyuarat atau perbincangan.
- Pada sebelah pagi, bilik ini dijadikan sebagai Literasi untuk kanak-kanak 4 tahun dari hari Isnin hingga Selasa.
5) Homestay Teratak Bonda
- Homestay ini dibina oleh salah seorang penduduk lakum untuk mana-mana orang luar yang datang ke Felda Lakum.
6) Pejabat JKKR
- Pejabat ini berada di sebelah pejabat felda dan dijaga oleh dua orang kakitangan.
7) Klinik Desa
- Klinik ini dijaga oleh dua orang jururawat desa dan terletak di belakang pejabat Felda.
8) Masjid Asy-Syakirin
9) Pejabat Felda Lakum
- Di sini tempat pegawai-pegawai felda bekerja dan mnguruskan hal ehwal penduduk.
10) Pusat Kawalan Komuniti Kampung (RELA)
- Bilik ini dibina untuk anggota RELA mengadakan mesyuarat
11) Rumah Guru
12) SK (LKTP) Lakum
13) Sekolah Agama Rakyat Felda Lakum
14) Tabika KEMAS