Ramai yang tertanya-tanya dari mana nama penempatan Felda Lakum ini diperoleh. Begitu juga dengan penulis dari FOANS Agro. Penulis mempunyai teori sendiri mengenai asal-usul nama penempatan Felda Lakum ini diperoleh. Walaubagaimanapun, kesahihan teori ini belum lagi dibuktikan. 

 

Menurut teori penulis, sewaktu penempatan Felda Lakum ini hendak dibuka, terdapat banyak Pokok Lakum di kawasan ini. Justeru, pihak pengurusan Felda menamakan kawasan ini sebagai Felda Lakum. Mungkin ramai yang tidak mengetahui akan kewujudan Pokok Lakum ini. Pokok Lakum ini termasuk dalam kategori pokok Nadir. Berikut adalah sedikit info mengenai Pokok Lakum yang diperoleh dari laman web http://www.melur.com

 

Nama Tempatan: Lakum

Nama Saintifik: Vitis diffusa

Nama Lain: Ubi kertas, Lakom

Famili: vitaceae

Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Asal: Tumbuhan tempatan

 

Keterangan:

Lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai di belukar di negara kita terutamanya kawasan tepi sungai. Daunnya yang muda berwarna putih dibahagian bawahnya. Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua. Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigis.

 

Kegunaan:

Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata.Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari. Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

 

Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesis ikan sungai terutamanya ikan baung. Sifat fizikal Buah lakum ini adalah hampir serupa seperti buah anggur ataupun Blackcurrent, bila muda berwarna hijau dan bila masak ianya akan berwarna ungu kehitaman.

Sumber : sklakum.blogspot.com

 

FELDA LAKUM

 

          Lakum pada asalnya merupakan hutan dara dan telah dibangunkan oleh Felda pada tahun 1975/1976. Ia terletak di Mukim Semantan, Daerah Temerloh. Nama Felda Lakum diambil sempena sejenis pokok hutan yang terdapat di dalam hutan simpan Lakum.

 

         Pokok Lakum yang kadang-kadang dikenali sebagai ubi kertas adalah sejenis tumbuhan yang kaya khasiatnya dalam perubatan herba. Biasanya permukaan bahagian bawah daunnya yang muda berwarna putih melepak dan bila sudah tua ia bertukar menjadi coklat. Tumbuhan yang mempunyai daun yang bergerigi di bahagian tepi ini adalah sejenis tumbuhan yang memanjat dan menjalar. Berdasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, tumpuan khasiat pokok ini tertumpu pada daun dan ubinya. Lakum sesuai untuk perempuan selepas bersalin dan kanak-kanak yang mengalami bisul atau kudis yang tidak mempunyai mata.

           Felda Lakum terletak di bawah kawasan Parlimen Temerloh dan Dewan Undangan Negeri Lanchang dengan jarak 35 km dari Bandar Bentong, 42 km dari Bandar Mentakab, 184 km ke barat Kuantan dan 114 km ke Kuala Lumpur. Felda Lakum juga berjiran dengan Felda Bukit Damar dan Gugusan Mempaga. Rancangan lain yang berhampiran ialah Felda Lurah Bilut dan Felda Kg. Sertik, manakala kampung tradisional yang menjadi jiran ialah Kg. Mempateh dan Bolok.

 

 

DATA DAN BILANGAN PENDUDUK FELDA LAKUM

 

Bilangan Rumah Peneroka : 505 buah rumah

Bilangan Rumah Kakitangan Felda : 16 buah rumah

Jumlah Penduduk : 4446 orang

Bilangan Warga Emas (60 tahun ke atas) : 384 orang

Orang Kurang Upaya : 19 orang

Ibu Tunggal : 85 orang 

 

BILANGAN MENGIKUT UMUR 

 

BIL

UMUR

LELAKI

PEREMPUAN

1

< 1- 3

82

59

2

4 - 6

23

29

3

7 - 12

170

156

4

13 - 19

38

98

5

 20 - 59

1396

2011

6

> 60

164

220

TOTAL

1873

2573