Nama  : Safwan Ramadhan Bin mohd Puad Norasid
Umur  : 11 Tahun
Ahli     : 11 Feb 2017

 

Latar Belakang

 

Safwan Ramadhan Bin Mohd Puad Norasid merupakan cucu peneroka FELDA Lakum. Beliau Bersekolah di sekolah Kebangsaan Felda lakum ,sering berkunjung ke Pusat Internet(PI) Felda Lakum bukan sahaja untuk mengunakan PC, tetapi juga menjadi salah seorang yang aktif mengikuti kelas dan latihan yang diadakan.

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI Sebelum Pengunaan Ict 

 

Masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir dan lebih mudah membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah. Beliau juga berharap petugas Pusat Internet(PI) mempelbagaikan lagi modul pembelajaran supaya dapat menarik minat pelbagai umur untuk menyertainya. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada kelas ICT sahaja malah boleh dipelbagaikan mengikut keadaan semasa. Ini dapat menarik minat pelajar sekolah dari pelbagai tahap untuk datang ke Pusat Internet(PI) FELDA Lakum