JUMLAH KEAHLIAN PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

Jumlah keseluruhan sehingga ke hari ini, adalah seramai 1169 Orang pengguna yang telah pun mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Felda Lakum bermula dari April 2010.

Kesemua ahli ini telah diberi banyak keistimewaan seperti penggunaan internet secara percuma dan harga perkhidmatan yang berpatutan sepanjang tempoh mereka mendaftar. 

 

AHLI LAMA

1118

AHLI BARU SEPTEMBER 2023

1

KESELURUHAN PADA SEPTEMBER 2023

1211

 

 PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

 

Pusat Internet Felda Lakum mula ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010 bertempat di Bangunan Koperasi Felda Lakum, 28500 Lanchang, Pahang. Penduduk setempat menggelar kawasan itu sebagai "Kedai Luar". Pusat Internet Felda Lakum telah melantik dua orang petugas (Pengurus dan Penolong Pengurus) untuk bertugas berkhidmat di Pusat Internet Malaysia yang mana dilantik dari kalangan penduduk setempat.

 

Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) dengan kerjasama MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Penubuhan Pusat Internet Malaysia ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping membantu menaiktarafkan ekonomi dan sosial masyarakat  melalui kemudahan serta aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet. Kami juga sentiasa mengalu-alukan kedatangan warga Felda Lakum mahupun yang dari luar untuk menggunakan perkhidmatan yang ada di pusat kami.

 

Pusat Internet Malaysia Felda Lakum terletak 11.5 km dari bandar Lanchang, iaitu di bangunan Koperasi (KFLB 2 & 3) Felda Lakum.  Pusat ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan boleh memuatkan 19 orang pengguna dalam satu masa. Pada masa ini, setiap komuniti yang mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Malaysia akan dapat menggunakan internet secara percuma selama 3 bulan. Pusat Internet yang terhampir dengan Pusat Internet Felda Lakum ialah Pusat Internet Bukit Damar dan Pusat Internet Kg Mempateh.

 

Pada tahun 2015, Pusat Internet Felda Lakum telah berpindah tempat ke Balai Raya Felda Lakum dengan keluasan yang lebih luas dan selesa. Segala peralatan dan perabot telah ditukar baru kepada perkakas yang lebih canggih dan menarik. Hal ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pengguna dan mementingkan keselesaan pengguna agar sentiasa ingin datang meluangkan masa di Pusat Internet. Antara peralatan baru yang dimasukkan ke dalam Pusat Internet baru adalah seperti komputer yang lebih besar,dashboard, Astro, PA sistem, kiosk kesihatan dan banyak lagi. Selain itu, kedudukan Balai Raya Felda Lakum lebih strategik dan selamat untuk pengguna datang yang mana ia berada di dalam kawasan felda dan jauh dari jalan raya yang besar untuk mengelakkan sebarang kes yang tidak diingini seperti kemalangan. Dengan wujudnya initiatif baru ini, diharap Pusat Internet Felda Lakum akan sentiasa berkembang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.

 

KENALI PETUGAS PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

 

 

 
PENGURUS
 

Nama : Puan Norain Binti Mohd Ali
Mula berkhidmat : April 2010
No Tel : 014-8310841

 

 PENOLONG PENGURUS

Nama : Nurul Naziera Binti Jaafar
Mula berkhidmat : 16 Disember 2016
No Tel : 018-9050016

 

 

 

WAKTU OPERASI PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

 

SETIAP HARI

9.00 AM – 6 PM

REHAT

1.00 PM – 2.00 PM

WAKTU REHAT (JUMAAT)

12.30 PM – 2.30 PM

CUTI UMUM & PELEPASAN AM

TUTUP

 

PERKHIDMATAN PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

 

Pusat Internet Felda Lakum menyediakan beberapa perkhidmatan baru yang mana pasti akan
memudahkan penduduk Felda Lakum yang memerlukan perkhidmatan ini dan tidak perlu lagi
keluar ke bandar untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan ini.
Antara perkhidmatan baru yang disediakan :

 

 TEMPAHAN KAD KAHWIN

 

Pusat Internet Felda Lakum bersedia menerima tempahan kad kahwin dengan harga yang
berpatutan dan disiapkan dalam masa segera.

 

 TEMPAHAN PUSAT INTERNET FELDA LAKUM

 

Pusat Internet Felda Lakum menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna
yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :

 

Pengenalan asas komputer

Asas internet

Aplikasi elektronik (e-Rezeki, e-pembelajaran)

Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)

Latihan keusahawanan