Nama : En Paisal
Umur : 46 Tahun
Ahli   : 2018

Latar belakang

Encik Paisal merupakan antara usahawan yang telah menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Tapak homestay yang dibina di tapak kedai mara tersebut asalnya adalah kedai yang memproses ayam. Setelah beberapa tahun dengan perniagaan tersebut, belaiu telah bertukar angina dengan mencuba perkhidmatan homestay. Ini kerana perkhidmatan homestay sentiasa mendapat permintaan terutama pada musim cuti persekolahan kerana banyak banyak majlis perkahwinan diadakan.Homestay Muslim menyediakan kemudahan yg selesa, sesuai untuk sekeluarga berehat serta harga yg sgt berpatutan. Terletak di no 41 kedai mara felda lakum, Lanchang Pahang (sederet dgn restaurant dan kedai runcit) Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet(PI) termasuk menyediakan risalah –risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 7000- RM 10000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM15000- RM 2500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh Pusat Internet (PI) Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan perkhidmatannya di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk menguruskan perniagaannya.