1.Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet FELDA Lakum

Tarikh : 25 Ogos 2018

Tempat : Pusat Internet FELDA Lakum

Masa : 8.00pagi sehingga 1.00petang

Tujuan 

Program ini dihadiri oleh 85 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, belia, wanita dan lain-lain. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi yang digunakan di Pusat Internet bersama Komuniti di Felda Lakum

Aktiviti

pelbagai aktiviti telah dijalankan bersama komuniti antaranya ialah Pertandingan Mewarna Kreatif (Kanak-Kanak) , Pra Sekolah Sk Felda Lakum , Tadika Kemas Felda Lakum , Pertandingan Kuiz Advokasi Kdb (Sek Ren) Gubahan Kreatif & Pertandingan Masak Patin Tempoyak (Wanita) Kuiz Dashboard Komuniti – Teka Jumlah Muka Surat Buku Pertandingan Menaip Dengan Pantas (Dewasa / Belia). Pameran keselamatan daripada Bomba juga turut diadakan . program diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah

Gambar Disini

1. Pengenalan Asas Internet (Ms power point), Dashboard , Kdb-waste

Tarikh : 21 Julai 2018

Masa   : 10.30am sehingga 1.30pm

Tempat  :Pusat Internet FELDA Lakum

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan dengan aplikasi dashboard, MS office power point dan kdb e-waste.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi Penerangan berkenaan dengan aplikasi dashboard. Memberi tunjuk ajar untuk mencari dan save imej di google imej. Peserta juga diberi penerangan berkenaan dengan e-sisa. Bagaimana program e sisa dapat menyelamatkan alam sekitar.

 

Gambar Disini

 

 

 

1. Pengenalan Asas Internet (Enjin Carian), Dashboard , Kdb-waste

Tarikh : 29 & 30 Jun 2018

Masa   : 8.30am sehingga 1.30pm

Tempat  :Pusat Internet FELDA Lakum

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan dengan aplikasi dashboard, MS office power point dan kdb e-waste.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi Penerangan berkenaan dengan aplikasi dashboard. Memberi tunjuk ajar untuk mencari dan save imej di google imej. Peserta juga diberi penerangan berkenaan dengan e-sisa. Bagaimana program e sisa dapat menyelamatkan alam sekitar.

 

Gambar Disini

 

1. Program Poster Digital Sempena Hari Kemerdekaan

Tarikh : 7 September 2018

Masa   : 8.30ptg sehingga 1.00tghari

Tempat  :Sk Lanchang

Tujuan 

Mendedahkan kepada pelajar berkenaan dengan paint.Aktiviti yang dijalankan adalah membuat poster bertemakan hari
Malaysia dengan menggunakan paint .

Aktiviti

Petugas Pusat Internet membantu pelajar tersebut cara menggunakan paint dengan betul. Menerangkan kepada pelajar
dengan hanya menggunakan paint pelajar dapat menghasilkan poster atau hasil seni yang kreatif dan menarik

Gambar Disini

 

 

1. Program eRezeki

Tarikh : 19 , 20 & 26 Mei 2018

Masa   : 8.30am sehingga 1.30pm

Tempat  :Pusat Internet FELDA Lakum

Tujuan 

Program eRezeki merupakan program di bawah SKMM . Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu masyarakat
menjana pendapatan secara Digital.

Aktiviti

Petugas Pusat Internet memberi Penerangan berkenaan proram eRezeki. Program ini dapat membantu peserta
meningkatkan pendapatan dan dapat membantu menjana ekonomi keluarga , pelbagai pekerjaan yang peserta dapat
melalui program ini

Gambar Disini