Nama : Nooriza Binti Amir
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2017


Latar Belakang

Puan Nooriza Binti Amir merupakan anak peneroka Felda lakum. Beliau merupakan salah seorang usahawan online produk kecantikan dan kesihatan kulit yang berjaya di sekitar FELDA Lakum.  Selain membantu ibubapanya dalam perniagaan kedai makan,  beliau begitu aktif  menjalankan perniagaan Beliau menggunakan kemudahan yang ada di PI bagi mempromosikan produknya di laman social seperti Facebook, aplikasi whatapps dan Instagram setelah beberapa kali menyertai kelas Usahawan Digital di PI.

Pada mulanya, beliau hanya menjadikan perniagaan online sebagai hobi sahaja.  Kini beliau telah dikenai sebagai salah seorang peniaga yang boleh dipercayai dalam talian dan menjual pelbagai jenis barangan  kosmetik dan produk kecantikan lain di atas talian.  Antara produk yang dijual ialah produk ichantique secret of beauty, birdnest essence , puteri ratu treatment cream dan sebagainya

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.