LOKASI  :Pahang
INFO LOKASI :
Persisir Jalan Lurah Semantan, Temerloh Berhampiran Sungai Pahang
WAKTU : Setiap Ahad dari 6.30 pagi - 2.00 petang 

Temerloh dipenuhi dengan orang ramai, yang datang dari kawasan sekitar daerah dan juga dari negeri luar yang melalui Lebuhraya Pantai Timur. Pekan Sehari ini merupakan Pekan Sehari terpanjang dan terbesar di negeri Pahang. Segala keperluan dapur boleh didapati di sini. Disamping itu pengunjung juga boleh menikmati keindahan Sungai Pahang di sepanjang laluan Pekan Sehari ini.

Di sini kaya dengan sayur-sayuran kampung serta kuih-muih yang berbagai jenis. Juga terdapat pelbagai jenis ikan air tawar khususnya ikan patin yang terkenal di Temerloh. Pendek kata, semua yang dijual di sini menjadi kegemaran setiap pengunjung. Untuk Melihat Dan Merasai Semua Ini Bolehlah Berkunjung Ke Pekan Sehari Temerloh Setiap Hari Ahad.