Program Ibadah korban Peringkat Wilayah Mempaga yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung meriah dengan kehadiran penduduk setempat . Program ini dijalankan dengan semangat gotong-royong. Lembu yang telah disembelih diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan dan bakinya kita turut mengadakan kenduri di pekarangan Masjid ini.Semoga Majlis sebegini akan diteruskan pada masa depan memandangkan banyak manfaat yang diperoleh daripadanya selain membantu umat Islam menyempurkan ibadah korban.

Tarikh  : 14 Ogos 2019(Rabu)

Masa    : 7.30 pg - 12.30 tghri

Tempat: Masjid AlHuda FELDA Lakum