KAF adalah pertubuhan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berjuang mendukung cita-cita
Malaysia demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara

 

1.

Untuk berjuang dan membantu generasi Felda di dalam dan di luar tanah rancangan.

2.

Untuk menggalakkan dan menguatkan pergerakan pertubuhan KAF di dalam dan di luar rancangan Felda di seluruh Malaysia.

3.

Untuk menjadi satu badan perunding dan penyelaras yang akan menyusun pergerakan KAF di dalam dan di luar rancangan Felda di seluruh Malaysia.

4.

Untuk mengembangkan dan menguatkan perhubungan antara pertubuhan di setiap KAF Cawangan dengan KAF Kebangsaan dengan mengadakan perhimpunan, pameran dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta kebajikan sosial.

5.

Untuk mewakili golongan generasi serta masyarakat Felda dan memajukan sokongan–sokongan kepada kerajaan dan badan-badan yang diakui sah.

6.

Untuk menggalakkan, memajukan dan melahirkan pemimpin-pemimpin baru yang mampu mengambil berat dan memainkan peranan sebagai generasi Felda di masa hadapan.

7.

Untuk menumpukan taat setia kepada Negara, menggalakkan fahaman hidup aman damai antara kaum melalui pergerakan dan aktiviti pertubuhan KAF.

8.

Untuk menggalakkan pertubuhan KAF di dalam Felda mengambil tanggungjawab yang penuh di dalam lapangan sivik dan kehidupan bermasyarakat.

9.

Untuk menyokong dan memberi kerjasama kepada kerajaan di dalam usaha perancangan pembangunan kemajuan luar bandar.

10.

Menyebar dan mengeluarkan penyiaran, penerbitan dan penerangan di atas kegiatan-kegiatan KAF khasnya dan masyarakat lain amnya dengan kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu.

 

CARTA ORGANISASI KAF FELDA LAKUM

 

PENGERUSI                            Hj Abdul Jalil Bin Rabu  

TIMBALAN PENGERUSI       En Yusni Bin Asli

SETIAUSAHA                    Pn Rohana Kamarudin

BENDAHARI                      Pn Siti Sarah

 

NAIB PENGERUSI I            En Johari Bin Janib

NAIB PENGERUSI II           Pn Nortula Yaffar

KETUA PENERANGAN        En Azham Bin Abdullah

AJK :-

     

1.     Mohd Syukri Bin Daud

 

2.     Nasiron Bin Hanapi

 

3.     Abdul Wahab Bin Sulaiman

4.     Hishammuddin Bin Ramli

 

5.     Noorashikin Binti Abdullah

 

6.     Samsuriani Binti Mat Sam

 

                     7.   Muhd Sukri Bin Shamsudin