Nama : Mohamad Hafizzul Bin Hamdan
Umur : 25 Tahun
Ahli   : 2019

 

Latar Belakang

Encik Mohamad Hafizzul bin hamdan, merupakan pemilik HH Garage Enterprise ,Usahawan muda yang menjalankan perniagaan Bengkel Pemotoran. Beliau telah menjalankan perniagaan bengkel miliknya selama 4 tahun lalu. Lokasi bengkel beliau terletak di dalam FELDA Lakum , iaitu di kawasan kediaman keluarganya.Perniagaan Encik Mohamad Hafizzul ini beroperasi pada setiap hari kecuali tutup pada hari jumaat bermula pada jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 Malam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di bengkel beliau ialah penukaran tayar baru, penampalan tayar yang bocor, servis minyak hitam untuk motorsikal dan menjual alat ganti motorsikal . Bengkel beliau mendapat sambutan yang mengalakkan di kalangan anak muda tempatan kerana menawarkan perkhidmatan yang terbaik mengikut permintaan terkini pelanggan.Para pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan di bengkel beliau boleh berkunjung terus ke lokasi bengkel beliau atau boleh menghubungi beliau secara atas talian.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Kurang berpengetahuan berkaitan ICT dan penggunaan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bantuan dan tunjuk ajar daripada petugas seperti latihan keusahawan sedikit sebanyak membantu beliau dalam mendalami ilmu perniagaan. Melalui aplikasi Whatsapps dan Facebook sebagai medium pemasaran, beliau mampu mengembangkan dan meningkatkan jumlah permintaan dan pelanggan.