Nama : Noor Ashila Binti Desa
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2018

 

Latar Belakang

Puan Noor Ashila merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan jualan gerai pelbagai jenis makanan. Minat yang tinggi dalam bidang perniagaan di samping membantu suaminya menjana pendapatan telah mendorong beliau untuk menjalankan perniagaan penjualan makanan ini.

Gerai puan asila ini terletak berhadapan Pusat Internet Felda Lakum. Beroperasi pada pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang.Pelbagai makanan yang di jual di gerai beliau antaranya kuih-muih , rojak buah , laksa , keropok lekor , mee rojak , buah potong , pisang goreng dan sebagainya, Mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dari komuniti setempat.

Beliau turut mengambil sebarang tempahan melalui secara atas talian, iaitu mengiklankan setiap menu-menu jualan dan info-info waktu beroperasi gerai melalui media sosial seperti Whatsapp dan Facebook.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.