Nama : Nor Adelin Binti Zaharudin
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2018


Latar Belakang

Puan Nor Adelin Binti Zaharudin, merupakan surirumah sepenuh masa . Mula melibatkan diri dalam pembuatan roti sekitar 4 tahun yang lalu setelah menghadiri kelas - kelas pembuatan roti secara manual dan mesin. Beliau menjual roti secara kecil – kecilan di rumahnya untuk membantu menjana pendapatan sampingan.

Beliau sedia menerima tempahan pelbagai jenis majlis. Menghasilkan pelbagai jenis roti, pencuci mulut dan kek. Antara roti yang di jual ialah Roti Pizza , Roti kopi, Roti Sarang Leba, Roti coklat, Roti Tortila dan sebagainya.Justeru, dengan menggunakan medium facebook dan whatsapp beliau dapat mengambil tempahan dengan lebih banyak dan mudah.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM300 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000 sebulan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.