Nama  : Daniel Bin Abdullah
Umur  : 12 Tahun
Ahli     : 07 April 2016

 

Latar Belakang
Kisah kejayaan adik Daniel Bin Abdullah bermula bila adik Daniel datang ke Pusat Internet untuk fotokopi kerja sekolah. Kami meminta adik Daniel untuk menjadi ahli Pusat Internet dan mempelawa dia untuk hadir ke Latihan ICT secara percuma.Maka bermulalah kisah kejayaan adik Daniel dimana dia menghadiri kelas ICT setiap bulan. Kini adik Daniel mahir menggunakan Microsoft Word dan Power Point. Selain itu adik daniel sangat aktif mengikuti pertandingan-pertandingan yang kami anjurkan di Pusat Internet.

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI Sebelum Pengunaan Ict

Masih belum dapat menguasai kemahiran penggunaan komputer memandangkan kekangan dari segi peralatan komputer dan akses Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui tunjuk ajar penggunaan komputer yang diberikan, beliau semakin mahir dan lebih mudah membuat carian maklumat kerja sekolah dan ulangkaji pelajaran melalui platform pembelajaran seperti yang disarankan oleh guru di sekolah. Beliau juga berharap petugas Pusat Internet(PI) mempelbagaikan lagi modul pembelajaran supaya dapat menarik minat pelbagai umur untuk menyertainya. Ianya bukan sahaja tertumpu kepada kelas ICT sahaja malah boleh dipelbagaikan mengikut keadaan semasa. Ini dapat menarik minat pelajar sekolah dari pelbagai tahap untuk datang ke Pusat Internet(PI) FELDA Lakum