Usahawan Gubahan

 

Nama : Isma Sariza Binti Isa
Umur : 37 Tahun
Ahli   : 2010


Latar Belakang

Puan Isma sariza atau nama mesranya Kak ngah merupakan orang suka berniaga. Beliau merupakan anak peneroka felda lakum, berumur 37 tahun dan suka menceburi bidang perniagaan terutamanya bidang gubahan .Beliau banyak menerima tempahan gubahan hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Beliau juga turut menjalankan perniagaan bouquet untuk majlis hari guru , harijadi dan juga majlis hari graduasi.Beliau sangat aktif mempromosikan produk di facebook tetapi juga di aplikasi Whatsapps.Beliau banyak menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuk menyediakan risalah - risalah untuk mempromosikan perniagaan beliau.

 

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM200 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM500-RM1000sebulan dan juga bertambah mengikut musim,

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan PI sangat membantu beliau dalam pencarian maklumat dan mengembangkan perniagaan beliau. Dengan adanya promosi dan pengiklanan dari pihak PI Felda Lakum perniagaan beliau lebih dikenali dan beliau mendapat tempat di hati pembeli.Petugas membantu Puan Isma sariza mengembangkan perniagaannya melalui program myshop dan kelas keusahawanan yang dijalankan . Perkhidmatan yang memudahkan capaian Internet yang berkelajuan tinggi dan selesa.