Nama : Siti Hafshah Binti Abd Kader
Umur : 36 Tahun
Ahli   : 2018

Latar Belakang

Nurul azka catering ditubuhkan pada 2014 iaitu 4 tahun lepas. Semuanya bermula dengan minat Pn. Hafshah pada bidang perniagaan dan masakan. Perniagaannya bermula dengan peringkat kecil-kecilan iaitu membuat kuih untuk majlis kenduri di felda lakum. Seterusnya beliau mendapat ilham untuk membuat kuih dan menghantar ke kedai. Setelah itu, makanan yang telah dihantar mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat. Beliau mendapat banyak tempahan bermula daripada makanan untuk kenduri sehingga hadiah untuk para tetamu. Sehingga kini beliau telah menerima banyak tempahan catering bukan sahaja untuk kenduri tetapi juga untuk pelbagai majlis dan program yang diadakan di dalam dan di luar Felda Lakum

Sebelum Penggunaan Ict/ Penglibatan PI 

Sebelum pengunaan ICT pendapatan beliau hanya RM 1000- RM 15000 sebulan. Selepas itu, pendapatannya bertambah menjadi RM3000- RM 3500 sebulan dan juga bertambah mengikut musim, seperti musim perayaan dan juga cuti sekolah

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau telah banyak menyertai kelas ICT yang dianjurkan oleh PI Felda Lakum. Beliau telah mengikuti kelas Microsoft Ofiice di mana petugas beliau diajar bagaimana untuk membuat risalah dalam mempromosikan perniagaan di samping diberi tunjuk ajar untuk mempromosikan pelbagai jenis masakan di facebook miliknya. Beliau juga memanfaatkan setiap kemudahan yang ada untuk menguruskan perniagaannya