Nama   : Mohammad Nor Azwan Bin Ishak

Umur    : 24 Tahun

Alamat  : No 118 Blok 5 Felda Lakum 28500 Lanchang Pahang

Bentuk Perniagaan : Azwan Network Menjalankan Perkhidmatan Wirering , Cctv Installation , Alarm Installation , Access Door Installation , Fingerprint Installation , Aircond Service and Install , Suspended syiling , Partitionboard/Drywall , Projektor Installation , Networking setup dan Siren Installation

 

Latar Belakang

Mohammad Nor Azwan Bin Ishak , Usahawan berjaya Azwan Network Sdn Bhd, Beliau menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan sejak dari tahun 2015 , tercetusnya idea untuk menjalankan perkhidamatan ini apabila beliau pernah melihat seorang pelanggan datang ke kedai aircond secara kebetulannya beliau berada di kedai tersebut dimana pelanggan tersebut meminta techniciankedai aircond tersebut datang ke rumahnnya kerana aircond di rumahnya tidak sejuk, tetapi jarak di antara rumah pelanggan tersebut terlalu jauh dan mengunakan kos yang agak tinggi untuk kesana.Melihat perkara tersebut dengan kemahiran yang beliau miliki beliau pulang ke kampung dan membuka perniagaan sendiri untuk membantu orang-orang dikawasan sekitar yang memerlukan perkhidmatannya tanpa memerlukan kos yang tinggi. Kini Azwan Network Sdn Bhd semakin mendapat nama sehingga ke hari ini. Pelanggan nya bukan sahaja di dalam Felda Lakum, malah di luar kawasan ini turut mengambil perkhidmatan dengannya. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 1000 – RM 2000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam 3 - 4 orang sahaja.

 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Felda Lakum, beliau kini telah memiliki facebook ads sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari merata tempat yang mana mereka mengetahui perniagaan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 3000 – RM 5000 sebulan.