PROGRAM SANTAI MUDA MUDI BERSAMA JASA

Tarikh  : 10 DISEMBER 2017

Masa     : 8:30 am - 6.30 pm

 

Lokasi   : Dewan Semai Bakti Felda Lakum

Tujuan

Program ini diadakan adalah bagi memupuk
perpaduan dikalangan komuniti disamping dapat merapatkan hubungan di antara
pemimpin dan komuniti. Program ini adalah dengan kerjasama JASA Pahang,
Pihak Bomba, Motorshow
Bentong, Klinik Desa, MBFM, KAF, Masjid
Lakum. Program ini telah menarik pengunjung hampir 400 orang. Program ini telah dirasmikan
oleh Dato Sri Sharkar Samsuddin ADUN Lanchang. 

Aktiviti

Aktiviti utama yang dijalankan adalah sukan
rakyat seperti sukan Tarik tali, tiup tepung,
kembar siam, kupas-kupas saying dan lain-lain.
Selain itu, terdapat juga pameran ular daripada
pihak bomba.
Manakala pertandingan motorshow turut diadakan. Selain itu,
pertandingan memancing, pemeriksaan kesihatan oleh klinik desa, pertunjukan ular dan

banyak lagi.