DASHBOARD (MY KOMUNITI) & KELAS MS OFFICE WORD

Tarikh  : 27 Ogos 2017

 

Masa     : 2.30 pm - 5.00 pm

 

Lokasi   : PI1M Felda Lakum

 

Peserta  : 6 Orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan mempromosikan aplikasi dashboard  PI1M kepada komuniti setempat.Kelebihan program ini pengunjung dapat memuat turun aplikasi dashboard dan dapat mengetahui fungsi-fungsi dan kegunaan modul-modul yang terdapat di dalam aplikasi ini. Kelas ini juga dibuat bagi mendedahkan kepada para pelajar penggunaan Microsoft office word

 

Aktiviti

Aktiviti pertama yang dijalankan adalah taklimat berkenaan dengan dashboard. Muat turun aplikasi dashboard, muat turun game durian runtuh dan kelas Microsoft office word.Pelaksanaan aktiviti utama adalah taklimat di mana petugas memberi penerangan berkenaan dengan aplikasi ini dengan menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M.petugas dibantu dengan bantuan laptop dan juga sharpboard.Aktiviti sokongan yang dijalankan adalah latihan ms word. Dimana pelajar diberi satu risalah berkenaan dengn KDB dan pelajar perlu membuat latihan seperti menukar jenis dan saiz tulisan, memasukkan table dan gambar, membuat tulisan berwarna dan pelbagai lagi.