TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK &
MAJLIS PENUTUPAN INTEL ENTREPRENEURSHIP BASIC
Tarikh : 25 Mac 2016
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : IKBN Temerloh, Lanchang, Pahang DM
Kerjasama : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar &
Pusat Internet 1Malaysia Kg Mempateh
Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah mengadakan Majlis Penutupan Intel Entrepreneurship Basic untuk petugas-petugas Pusat Internet 1Malaysia dan 30 orang peserta dari IKTBN Temerloh pada 25 Mac 2016 sebagai tanda penghargaan atas modul pembelajaran yang telah diberi kepada peserta selama 3 hari pada bulan Februari dan Mac 2016. Majlis Penutupan tersebut diadakan di Auditorium IKTBN dan dihadiri oleh Timbalan pengarah IKTBN dan urusetia.
Sebelum Majlis Penutupan berlangsung, petugas Pusat Internet 1Malaysia telah memberi taklimat Klik Dengan Bijak pada peserta yang menyertai modul pembelajaran Intel Entrepreneurship Basic. Taklimat ini memberi pengetahuan kepada mereka tentang keselamatan-keselamatan yang perlu dititikberat semasa penggunaan internet dan media sosial. Sejurus tamat taklimat tersebut, para peserta diberi masa untuk menyiapkan 'slide presentation' mengenai video Klik Dengan Bijak yang telah disediakan untuk tontonan mereka. Setiap wakil peserta akan membentangkan hasil kerja mereka untuk menila tahap kefahaman mereka tentang taklimat yang diberi.
http://feldalakum.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=110#sigFreeIdc3250dc3db
INTEL ENTREPRENEURSHIP BASIC IKBN TEMERLOH (SESI 2)
Tarikh : 21 Februari 2016
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : IKBN Temerloh, Lanchang, Pahang DM
Kerjasama : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar &
Pusat Internet 1Malaysia Kg Mempateh
Pada pembelajaran Sesi Kedua, para peserta diberi taklimat berkenaan Operasi Perniagaan dan Asas Pemasaran yang penting dalam perniagaan. Di samping itu, para peserta turut diberi latihan mencipta laman web sendiri dan blog yang mana merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan. Di samping itu, para peserta turut didedahkan pada penggunaan Microsoft Office Publisher untuk mencipta flyer, brochure dan kad perniagaan.
http://feldalakum.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=110#sigFreeId8eba077447
KLIK DENGAN BIJAK SK (LKTP) LAKUM
Tarikh : 11 Mac 2016
Lokasi : SK (LKTP) Lakum
Jumlah Murid : 311 orang
Kerjasama : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar &
Pusat Internet 1Malaysia Kg Mempateh
Taklimat Klik dengan Bijak telah diberi pada para murid untuk membimbing mereka agar tidak menggunakan internet secara negatif. Mereka juga dipertontonkan dengan video-video yang memberi pengajaran dan akibat-akibat yang bakal diterima sekiranya mereka melanggar peraturan keselamatan dalam penggunaan internet. Kemudian, mereka dibahagikan kepada tahap 1 dan tahap 2 untuk program kuiz dan mewarna.
http://feldalakum.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=110#sigFreeIdd31a6f957d
INTEL ENTREPRENEURSHIP BASIC IKBN TEMERLOH (SESI 3)
Tarikh : 19 Mac 2016
Masa : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : IKTBN Temerloh, Lanchang, Pahang DM
Kerjasama : Pusat Internet 1Malaysia Felda Lakum, Pusat Internet 1Malaysia Felda Bukit Damar & Pusat Internet 1Malaysia Kg Mempateh
Sesi 3 adalah sesi terakhir bagi modul pembelajaran Intel Entrepreneurship Basic. Sesi ini lebih menekankan pada pengurusan aliran tunai dalam perniagaan. Para peserta diberi latihan mencipta laporan akaun menggunakan Microsoft Office Excel. Ini juga bertujuan untuk memahirkan lagi mereka dalam penggunaan Microsoft Office Excel.
http://feldalakum.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=110#sigFreeId01fd82a8d2
Program Ziarah Kasih Puspanita Felda Lakum
Tarikh : 17 Februari 2016
Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Lakum
http://feldalakum.pjk.com.my/index.php/info-pi1m/galeri-foto?start=110#sigFreeId62db0e8055